Penasihat Takaful AIA Terbaik Untuk Anda Dan Keluarga

Mencari-cari Pelan Takaful yang sesuai? Whatsapp kami sekarang untuk konsultansi percuma.

10 Tahun Pengalaman

Tempoh pengalaman yang luas mengukuhkan kemahiran dalam bidang perancang kewangan, Insurans, Takaful dan Pelaburan

Perunding Berkualiti

Dibawah AIA, kami amat yakin kemampuan perunding yang akan membantu melindungi kewangan anda ke tahap maksima

Layanan Terpantas

Kami amat komited menjaga urusan masa antara perunding dan pelanggan melalui maklumbalas yang pantas dan tepat

Fleksibiliti Produk

Kami akan merangka, meneliti dan mengesyorkan produk yang terbaik kepada anda dan keluarga agar ianya bermanfaat sepenuhnya

Pelan yang melindungi kewangan keluarga anda apabila anda sudah tiada. Mereka bakal meneruskan hidup dengan selesa tanpa memikirkan bagaimana untuk melangsaikan tunggakan hutang yang ditinggalkan. Selain itu pelan ini berfungsi untuk anda apabila anda tidak lagi mampu bekerja akibat disahkan menghidap penyakit kritikal atau lumpuh.

 

  • Pampasan Kematian
  • Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh
  • Pampasan Penyakit Kritikal

Pelan ini fokus kepada 2 elemen terpenting. Pertama, menanggung kos rawatan di hospital. Kedua, mewujudkan tabung simpanan pendidikan jangka masa panjang untuk masa depan anak anda. Gabungan elemen-elemen ini akan memudahkan anda merancang masa depan mereka tanpa memikirkan risiko tanggungan kos rawatan hospital yang makin meruncing.

 

  • Medical Card Hospital (Kad Perubatan)
  • Simpanan Pendidikan
  • Pampasan Penyakit Kritikal Kanak-Kanak
  • Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh
  • Pampasan Kematian, Hibah untuk Keluarga

Pelan perlindungan khusus untuk menanggung kos rawatan di hospital swasta untuk 1 keluarga (bapa, ibu dan anak-anak). Dengan had tahunan sebanyak RM150,000 untuk setiap individu, AIA percaya ia akan membantu anda dalam mengurangkan risiko dalam mengeluarkan kos rawatan yang tinggi apabila anda perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan caruman yang sangat murah.

 

  • Medical Card Hospital (Kad Perubatan)
  • Perlindungan kepada Individu, Suami, Isteri, Bapa, Ibu dan anak-anak (maksimum 4 Orang)

Pelan perlindungan khusus penyakit kanser ini melindungi kewangan anda dari tahap awal lagi. Apabila anda disahkan sahaja menghidapi kanser, AIA akan membiayai kos anda sehingga anda disahkan sihat. Jika keturunan anda mempunyai sejarah penyakit kanser, kami menyeru agar anda untuk segera menyediakan perlindungan ini.

 

  • Perlindungan Kanser Tahap Awal
  • Perlindungan Kanser Tahap Lanjutan
  • Perbelanjaan dalam Tempoh Rawatan
  • Faedah Tempoh Matang dan Sihat

Anda mungkin mengimpikan sesuatu pada masa hadapan untuk dimiliki. Membuat simpanan sendiri mungkin membantutkan impian itu. Maka anda memilih untuk melabur agar simpanan anda boleh digandakan. Hari ini, terdapat banyak platform pelaburan termasuk deposit tunai, unit amanah, ASB, hartanah dan lain-lain. AIA memperkenalkan platform Pelan Endowmen (Endownment Plan). Ia satu-satunya platform pelaburan yang bebas aset beku (Asset Freezing).

 

  • Pelan Pelaburan Jangka Masa Pendek
  • Simpanan Masa Depan Anak-Anak
  • Simpanan Untuk Persaraan
  • Simpanan Haji dan Umrah

Anda mungkin memiliki syarikat atau perusahaan kecil yang mempunyai bilangan pekerja 5 hingga 150 orang. Anda mungkin berfikir tentang manfaat kebajikan untuk setiap staf atau pekerja dibawah anda. Pelan ini sangat sesuai untuk perlindungan maksimum staf seperti kematian, kehilangan upaya, lumpuh, penyakit kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat termasuklah di hospital dan mahupun klinik.

 

  • Pampasan Kematian Kakitangan Korporat
  • Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh untuk Staf Syarikat
  • Medical Card Hospital Panel AIA
  • Medical Card Klinik Panel AIA

Pelan Perlindungan ini akan membayar semua Baki Hutang Pinjaman Bank anda sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal. Dengan itu, Keluarga tidak akan terbeban dengan Hutang yang anda tinggalkan. Mungkin terdapat kekeliruan diantara MRTT, MLTT, MRTA dan MLTA? Yang mana terbaik? Kami akan membantu anda untuk menjawab persoalan ini.

 

  • Mortgage Level Term Takaful
  • Perlindungan Hutang Rumah
  • Pampasan Kematian
  • Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh

Tidak kira apapun kebarangkalian yang akan berlaku, deklarasi wasiat atau hibah adalah perkara yang wajib dibuat oleh setiap individu yang masih hidup. Daripada aset bernilai sehinggalah hutang, ia perlu difailkan serta merta agar ia tidak menyulitkan keadaan keluarga anda pada masa hadapan. Jika keluarga anda mempunyai harta pusaka yang masih belum diuruskan, kami mengambil inisiatif untuk menguruskannya dengan cas yang sangat berbaloi.

 

  • Deklarasi Wasiat
  • Deklarasi Hibah
  • Pengurusan Harta Pusaka

Selamat Datang Ke Inspire Group

Agensi Perunding Takaful di bawah syarikat AIA Public Takaful Bhd yang akan membantu Anda dan Keluarga dalam Pengurusan Kewangan. Kami amat komited untuk menawarkan penyelesaian Syariah bagi memenuhi keperluan yang berbeza di setiap peringkat kehidupan pelanggan-pelanggan kami.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma. Klik kalkulator takaful untuk mengetahui jumlah Perlindungan Takaful yang sesuai mengikut keperluan anda.

Merokok

Pelan Takaful

LOKASI

HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI