AIA Melancarkan AIA Vitality untuk Membantu Rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat

AIA Bhd. baru-baru ini melancarkan AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan berasaskan sains yang menyediakan maklumat, alat dan motivasi kepada peserta untuk meningkatkan kesihatan mereka. Program ini menggabungkan manfaat kesihatan dan kesejahteraan dengan penyelesaian insurans hayat dan takaful AIA, membolehkan AIA untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi motivasi dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik.

Pelanggan yang menyertai program ini berpeluang menikmati perlindungan insurans hayat atau takaful tambahan untuk pelan-pelan terpilih, secara percuma. Mereka juga akan mendapat nasihat khusus, bimbingan dan juga ganjaran sebagai insentif kepada mereka untuk menjadi lebih sihat. Program ini adalah selaras dengan komitmen AIA untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan fokus kepada penjagaan kesihatan untuk pencegahan bagi individu dan keluarga di Malaysia dan di seluruh rantau Asia Pasifik.

Turut hadir pada majlis pelancaran hari ini ialah Ketua Eksekutif dan Presiden Kumpulan AIA, Mark Tucker, Ketua Eksekutif Serantau Kumpulan AIA, Bill Lisle, dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran AIA Vitality di Malaysia kerana ia mencerminkan komitmen kami untuk menerajui kepemimpinan dan membantu orang supaya hidup lebih lama, lebih sihat dan lebih baik, iaitu kehidupan yang mereka kehendaki. Lebih daripada 80% penyebab penyakit dan 50% daripada semua kematian di seluruh dunia adalah akibat pilihan gaya hidup maka kami benar-benar mahu membantu orang ramai membuat pilihan yang lebih sihat. AIA Vitality adalah pembawa perubahan kepada industri dan penyelesaian yang mampu memanfaatkan untuk semua orang: untuk pelanggan kami, untuk seluruh masyarakat, rakan-rakan kami dan bagi AIA,” kata Ketua Eksekutif dan Presiden Kumpulan AIA, Mark Tucker.

Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., berkata pelancaran AIA Vitality adalah tepat pada masanya berikutan trend kesihatan yang merosot di Malaysia akibat pilihan gaya hidup yang kurang baik. “Sebagai pembekal insurans perubatan yang terkemuka di Malaysia, AIA telah menyaksikan kemerosotan dalam kesihatan di negara kita.”

“Mujurlah kami boleh membantu untuk menyelesaikan isu ini. Kami mahu menerajui dalam membawa perubahan kepada model insurans hayat dan takaful tradisional – kami mahu memperkasakan dan memberi insentif kepada pelanggan kami supaya mereka menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik. Dengan berbuat demikian, insurans hayat dan takaful akan menjadi lebih relevan serta bermakna dalam kehidupan harian para pelanggan kami,” katanya.

AIA Vitality, yang merupakan program pertama yang seumpamanya dalam industri insurans hayat dan takaful Malaysia adalah kerjasama antara AIA dan Discovery, penanggung insurans yang beribu pejabat di Afrika Selatan. Program ini menggunakan prinsip-prinsip ekonomi tingkah laku untuk menggalakkan tabiat yang sihat, memberi ganjaran kepada ahli-ahli dengan manfaat yang bermakna dan diskaun kerana mengambil langkah-langkah yang mampan, walau sekecil mana pun, demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Program ini terdiri daripada tiga tunggak utama – ketahui kesihatan anda, tingkatkan kesihatan anda dan nikmati ganjaran. Sebagai permulaan, pelanggan yang menyertai AIA Vitality perlu melengkapkan Semakan Kesihatan AIA Vitality (AIA Vitality Health Review) untuk menentukan “Usia AIA Vitality” mereka, iaitu penunjuk kesihatan keseluruhan yang mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada usia sebenar mereka.

Pelanggan kemudiannya akan menerima satu set matlamat kesihatan peribadi yang jelas, yang boleh mereka penuhi dengan melibatkan diri dalam pelbagai pilihan aktiviti yang sihat, termasuk berlari, berjalan dan lain-lain bentuk senaman, membeli barangan makanan sihat di pasar raya, atau melakukan pemeriksaan kesihatan . Mereka akan mendapat Mata AIA Vitality (AIA Vitality Points) apabila berjaya melengkapkan setiap aktiviti. Semakin banyak mata yang mereka dapat kumpul, semakin besarlah ganjaran mereka.

Program ini diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi mudah alih dan peranti kecergasan boleh pakai, menjadikannya mudah untuk ahli-ahli AIA Vitality mengesan matlamat mereka dan log aktiviti-aktiviti mereka untuk mendapatkan mata.

AIA Malaysia telah bekerjasama dengan 12 rakan kongsi untuk menawarkan ahli AIA Vitality dengan diskaun dan ganjaran dalam bidang-bidang berikut: keahlian gim, peranti kecergasan boleh pakai, pakaian sukan, makanan sihat, pemeriksaan kesihatan dan penilaian kecergasan, hotel, tiket penerbangan dan menonton filem. Ahli-ahli AIA Vitality akan menerima diskaun antara 15% dan 50%, bergantung kepada status AIA Vitality mereka, apabila menyertai program melalui rakan kongsi termasuklah AirAsia, Berjaya Hotels and Resorts, BP Healthcare, Emirates, Fitbit, Fitness First, Garmin, Guardian, Marriott, Medklinn, Majalah Men’s Health & Women’s Health daripada Mongoose Publishing dan Reebok.

Keahlian AIA Vitality akan dibuka dahulu kepada mana-mana pelanggan yang membeli polisi insurans hayat atau sijil takaful baharu dengan AIA. Bagi pelanggan yang mendaftar untuk AIA Vitality dengan produk utama AIA, A-Life Link, dan bersamaan takafulnya, A-Life Link-i, mereka bakal menerima perlindungan tambahan percuma sehingga 45% atas kematian dan kehilangan upaya. Perlindungan tambahan ini akan berbeza-beza setiap tahun bergantung kepada tahap penglibatan ahli dengan program ini. Program ini akan disediakan kepada pelanggan AIA sedia ada pada lewat tahun ini.

“AIA Vitality terbukti berjaya, di mana kejayaan yang amat besar telah dinikmati di pasaran lain di mana wujudnya program ini. Apabila orang membeli penyelesaian insurans hayat bersepadu dan mengambil bahagian dalam program ini, mereka terdorong untuk membuat pilihan yang lebih sihat dan mengekalkan aktiviti-aktiviti sihat yang akan memberi ganjaran kepada mereka,” kata Anusha Thavarajah.

Kajian Indeks Kehidupan Sihat 2016 proprietari AIA baru-baru ini mengumumkan penemuan daripada gelombang ketiga yang dijalankan pada bulan Januari 2016, yang mengesahkan peranan penting yang boleh dimainkan oleh AIA Vitality dalam membantu individu berada dan kekal di landasan yang betul dalam mengikuti gaya hidup yang lebih sihat.

Dari lebih 700 responden yang ditinjau di Malaysia, hampir 70% merasakan bahawa kesihatan mereka tidak sebaik lima tahun lalu. Lebih membimbangkan, 61% orang dewasa di bawah umur 30 bersetuju dengan sentimen tersebut. Apa yang menggalakkan ialah rakyat Malaysia tahu bahawa mereka boleh melakukan sesuatu untuk meningkatkan kesihatan mereka dan menunjukkan keinginan yang kuat untuk melakukan lebih banyak. Ramai yang berkata bahawa mereka mengalu-alukan bimbingan dan motivasi untuk mengekalkan dan mengukuhkan tingkah laku yang sihat.

“Ganjaran terbesar diterima seorang pemegang polisi daripada program AIA Vitality adalah keupayaan untuk menikmati kesihatan yang lebih baik, yang juga diterjemahkan kepada penjimatan penjagaan kesihatan jangka panjang. Kami mempunyai data untuk mengesahkan bahawa pelanggan yang berterusan melibatkan diri dengan AIA Vitality menikmati kos perubatan yang lebih rendah berbanding mereka yang kurang aktif,” jelas Anusha Thavarajah.

Pelancaran AIA Vitality di Malaysia ini adalah berikutan tumpuan lebih menjurus oleh penanggung insurans hayat terhadap kesihatan yang bermula pada tahun 2013. Langkah ini telah menjana momentum dan disokong oleh penawaran produk baru yang direka untuk memenuhi keperluan perubatan tertentu serta inisiatif pemasaran dan penajaan yang tertumpu kepada usaha menggalakkan kehidupan sihat.

“Tumpuan kepada kesihatan adalah perkembangan semula jadi bagi Syarikat kami. Kami mahu berada bersama pelanggan dalam setiap langkah perjalanan, sama-sama melibatkan diri dan mendorong mereka untuk kekal cergas dan aktif, dan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan dan aspirasi mereka, serta keluarga mereka,” kata Anusha Thavarajah.

Tahun lalu, AIA memperkenalkan dua penyelesaian kesihatan yang terkemuka dalam industri iaitu A-Plus Med Booster dan menyeluruh, A-Life Cancer360 iaitu pelan khusus kanser yang menyeluruh. Kedua-dua pelan ini telah diterima baik oleh pelanggan.

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

LOKASI

HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI