Apa Kelebihan dan Kehebatan Medical Card AIA Public Takaful?
Tidak dinafikan Medical Card atau Kad Perubatan amatlah penting pada masa ini. Ia merupakan satu kelebihan besar kepada anda agar memudahkan risiko apabila anda mengalami musibah yang memerlukan anda mendapat rawatan di hospital. Umumnya, risiko penyakit semakin meruncing di Malaysia, perbelanjaan hospital semakin mahal, mahupun ketidakselesaan atas kesesakan hospital kerajaan kian tidak tertanggung ruangnya.

Maka, Tidak kiralah, samaada kemalangan atau sakit yang memerlukan anda untuk dimasukkan hospital, Pelan Medical Card merupakan alternatif penting yang bakal memudahkan anda menghadapi risiko ini tanpa mengeluarkan sejumlah belanja yang besar. Jadi, apakah medical card yang terbaik yang ada di Malaysia sekarang? Jawapannya, Pelan Medical Card AIA Public Takaful. Pelan ini boleh didapati dalam Pelan Famili dan Pelan Individu.
Pelan Famili A
Life Medik Famili : Pakej Medical Card untuk keluarga (Individu / Suami+Isteri / Bapa+Anak-Anak / Ibu+Anak-Anak / Sekeluarga). Maksima anak untuk pelan ini adalah 4 orang. Walaupun dalam 1 pelan, setiap individu akan menerima 1 kad. Had bilik harian adalah RM150.
Pelan Individu A
Plus Health-i : Pilihan Had bilik harian adalah RM200, RM300, dan RM500). Jika anda memilih untuk dirawat di hospital swasta dan di dalam single room dengan had tahunan yang tinggi, pelan ini sangat sesuai untuk anda.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang pelan ini, boleh rujuk di Takaful Individu sekiranya anda memilih untuk Pelan Perseorangan. Jika anda memilih untuk perlindungan sekeluarga, boleh rujuk di Takaful Keluarga.
Kelebihan Medical Card AIA Public Takaful
Fleksibiliti Harga
Bermula dari Harga Bilik 150, anda boleh memilih pelan bedasarkan tahap kemampuan dan tahap keselesaan. Tidak tahu bagaimana untuk membuat pilihan yang tepat? Mudah. Hanya rujuk Hospital Panel AIA kegemaran anda, lihat harga bilik harian yang anda selesa. Contohnya, Colombia Asia Hospital Cheras, Single Room, RM200. Pilihan anda haruslah Pelan Medical Card 250.
Tiada Ko-Takaful
Bermakna sekiranya dimasukkan Hospital, anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran dari mula masuk hinggalah anda dikeluarkan. Semua bil-bil dikendalikan oleh AIA Public Takaful.
Perlindungan Sepanjang Hayat
Pelan ini boleh didaftarkan mulai dari umur 14 Hari dan melindungi anda sehingga umur 100 Tahun.
Tiada Had Seumur Hidup
Unlimited? Ya. Sebagai contoh, sekiranya anda telah menggunakan kos rawatan RM100,000 pada tahun ini. Had seumur hidup tidak akan dikurangkan. Tiada kuota seumur hidup yang akan diberikan dalam pelan perlindungan ini.
Kemudahan “Just Swipe”
Menjadi satu beban apabila anda dimasukkan ke hospital, anda perlu isi banyak borang, bukan? Dengan Medical Card dari AIA, anda tidak perlu semua itu. Hanya pergi ke Kaunter Pendaftaran, tunjuk Medical Card anda, Swipe Medical Card anda di Mesin Pengimbas Khas yang disediakan di kaunter. Faedah ini juga memudahkan orang sekeliling yang berada disitu untuk menguruskan anda ketika anda dalam keadaan tidak sedar apabila musibah berlaku.
Perlindungan Pilihan Untuk Keluarga
Anda boleh ambil pelan ini secara individu atau suami isteri atau anda dan anak-anak atau satu keluarga. Pilihan ditangan anda.
Aplikasi Mobil AIA Locator
Anda berada diluar kawasan, anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan, anda tertanya dimana panel AIA terdekat? Jangan khuatir, Aplikasi AIA Locator ada jawapannya, muat turun di Google Play atau App Store. Ketahui panel terdekat anda, rujukan seperti kos bilik harian dan detail hospital juga turut boleh didapati dalam Aplikasi AIA Locator. AIA Locator juga membantu anda untuk menavigasi terus ke destinasi anda.
Servis AIA 24/7 365 Hari Setahun
Risau Guarantee Letter (GL) keluar lambat? Dengan AIA, segalanya tidak akan berlaku. Customer Service AIA sangat menitikberatkan urusan ini.
LOKASI
HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur