Apa Itu Ko-Takaful Atau Ko-Insurans? Berapa Kos Ko-Takaful?

Ko-Takaful atau Ko-Insurans (Co-Takaful/Co-Insurance) adalah perjanjian yang ditetapkan antara peserta dan syarikat pengendali takaful/insurans. KoTakaful ini juga bermakna perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful. Kos dalam bentuk Peratusan tertentu daripada kos rawatan perubatan akan dikongsi bersama antara kedua-dua pihak yang terlibat. Oleh itu, Pelanggan perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk menampung kos KoTakaful ini.

Penetapan kos ini adalah berbeza mengikut pilihan hospital yang diduduki. Kebiasaannya, Kos Ko-Takaful adalah 10% daripada jumlah kos rawatan perubatan. Adalah digalakkan untuk anda menghubungi pihak hospital terlebih dahulu untuk menyemak berapa jumlah kos ko-takaful atau ko-insurans yang perlu anda sediakan sebelum pergi mendapatkan rawatan.

Sebagai contoh. Jika anda dimasukkan ke hospital selama seminggu dan jumlah bil yang dikeluarkan adalah RM20,000. Maka, 10% bayaran untuk Ko-Takaful akan dikenakan kepada peserta, iaitu RM2,000. Ini adalah untuk menyediakan satu bentuk jaminan risiko antara pemegang polisi dilindungi dan syarikat takaful atau insurans.

Contoh yang lain :

Contoh 1

Khairul dimasukkan ke dalam hospital dan menjalani Pembedahan. Kos keseluruhan caj rawatan adalah berjumlah RM20,000. Syarikat takaful A mengenakan Ko-Takaful sebanyak 10%. Maka, jumlah yang perlu dibayar oleh Abu ialah RM2,000.

Contoh 2

Ismail dimasukkan ke dalam hospital dan menjalani Pembedahan Kos keseluruhan caj rawatan adalah berjumlah RM20,000. Syarikat takaful B mengenakan Ko-Takaful maksimum RM500. Maka, jumlah yang perlu dibayar oleh Ali ialah RM500.

Hal ini sedikit sebanyak akan membebankan anda, bukan? Mana nak cari Cash pada masa nak masuk hospital? Sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan anda tidak sedar diri, siapa yang akan menguruskan amaun ini? Kemungkinan, keluarga anda pun tak mampu nak bayarkan? Kawan-kawan lari? di AIA, ada jawapannya!

Ko-Takaful Untuk Medical Card AIA Public Takaful Berhad

Istimewa untuk pelanggan AIA, Medical Card anda Tidak ada caj Ko Takaful atau Ko Insurans. AIA Tanggung 100% Bil-Bil Rawatan Hospital Anda. Oleh itu, anda boleh masuk hospital dan mendapatkan rawatan dengan senang hati tanpa memikirkan kos-kos tambahan yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan duit tunai anda.

Jangan Lengah. Dapatkan Segera Medical Card AIA Hari Ini!

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

LOKASI

HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI