Beza Insurans dan Takaful

Ramai yang masih keliru dan tertanya-tanya apakah beza Insurans dan Takaful di dalam Malaysia? Kami akan menerangkan asas Insurans dan Takaful dalam artikel ini. Disini juga kami akan menyenaraikan panduan penting untuk anda mendapatkan atau membeli polisi insurans dan takaful. Seterusnya kami mengharapkan anda bertambah yakin untuk menyediakan Pelan Takaful untuk diri anda sendiri dan keluarga.

Insurans

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Jadual Perbezaan Insurans dan Takaful

Insurans Takaful
Akta Insurans 1963 Akta Takaful 1984
Sistem Kapitalis Sistem Islam
Menjual / Membeli Mengajak / Menyertai
Premium Sumbangan (Derma Bersyarat)
Kontrak Akad Tabarru’
Penanggung Pengendali
Pelaburan Apa Sahaja Saham Pelaburan Saham Yang Halal
Lembaga Pengarah Lembaga Pengarah
Tiada Lembaga Pengawasan Syariah
Dividen (%) Mudharabah (80/20)
Gharar (Ketidakpastian) Tiada Gharar (Ketidakpastian)
Maisir (Judi) Tiada Maisir (Judi)
Riba Tiada Riba

Panduan Penting Apabila Membeli Polisi Insurans atau Menyertai Pelan Takaful

    1. Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
    2. Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
    3. Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
    4. Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
    5. Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
    6. Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.

    Semoga dengan penerangan beza insurans dan takaful ini dapat memberi anda sudut pandang yang jelas mengapa kita sebagai orang Islam wajib memilih Takaful.

    MENCARI PELAN TAKAFUL?

    Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

    LOKASI

    HMINSPIRE GROUP
    Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
    Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

    HUBUNGI KAMI