6 Tips Memilih Pelan Takaful yang Tepat dan Mesra Bajet
Perlindungan Takaful membolehkan anda mendapat bantuan ketika menghadapi musibah seperti sakit, kemalangan, lumpuh mahupun kematian. Perlindungan Takaful juga membantu menguruskan masa depan ahli keluarga sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri.
Sekiranya kita tidak dilindungi oleh perlindungan Takaful, besar kemungkinan segala perbelanjaan kos perubatan terpaksa ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri.Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, mengira belanjawan dan bajet untuk seluruh isi rumah adalah satu perkara yang mencabar.
Justeru, pembiayaan terhadap perlindungan Takaful haruslah dilihat sebagai antara aspek yang perlu dititik beratkan. Malah, sekiranya anda mempunyai orang lain yang bergantung kepada anda, anda perlu mengutamakan perlindungan Takaful sebelum berfikir untuk menambahkan pendapatan anda.

Berikut adalah tips untuk membeli perlindungan Takaful dengan bajet yang terhad untuk memastikan semua ahli keluarga mendapat perlindungan yang maksima :
Mengutamakan Perlindungan Takaful Mengikut Keperluan Kehidupan Anda
Ambil masa untuk menilai perkara yang perlu diberi keutamaan. Contohnya, jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah, adalah lebih baik memberi perlindungan Takaful untuk anak-anak termasuk perubatan dan simpanan. Ini kerana di samping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital, anda juga dapat menabung untuk masa depan mereka. Pilih perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan anda.
Memahami Dasar Perlindungan Takaful Yang Berbeza Dan Membeli Polisi Yang Sesuai Untuk Bajet Anda.
Membeli polisi yang lebih murah tidak bermakna polisi itu tidak mencukupi untuk melindungi diri daripada sebarang situasi yang tidak diingini seperti kemalangan, kecacatan dan kematian.
Oleh itu, cara terbaik untuk membeli perlindungan Takaful dan mendapatkan perlindungan maksima adalah dengan memahami dasar yang berbeza dan membeli mengikut bajet masing-masing.
Mengurangkan Perbelanjaan Kecil
Dalam merangka bajet untuk membeli perlindungan Takaful, adalah lebih baik sekiranya anda mengurangkan perbelanjaan kecil. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan makan di luar untuk memaksimakan bajet dan perbelanjaan harian untuk membolehkan anda menikmati perlindungan komprehensif. Dengan menyediakan makanan sendiri di rumah dan tidak berbelanja di luar, anda mampu mempunyai simpanan lebih untuk digunakan bagi hal-hal kecemasan atau menambah caruman perlindungan takaful.
Mengekalkan Kesihatan Bagi Mengurangkan Kos Perlindungan Takaful
Amalkan cara hidup yang sihat dengan menjaga kesihatan seperti tidak merokok dan mengurangkan pengambilan makananan bergula dan berlemak supaya anda sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang baik. Merokok mendedahkan anda kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti barah paru-paru, strok, dan lelah manakala diet yang tidak sihat akan meningkatkan berat badan dan ini juga mendedahkan anda kepada risiko kencing manis dan obesiti.
Tahap kesihatan yang kurang baik akan meningkatkan caruman memandangkan anda kini berdepan risiko kesihatan yang memerlukan perlindungan maksimum dan komprehensif. Seorang individu yang mempunyai kesihatan yang baik tidak perlu membayar caruman yang tinggi kerana risiko kesihatannya adalah rendah tetapi individu yang mempunyai masalah kencing manis perlu membayar caruman yang lebih tinggi kerana keadaannya yang sudah terdedah dengan masalah kesihatan.
Tahap kesihatan yang kurang baik akan meningkatkan caruman memandangkan anda kini berdepan risiko kesihatan yang memerlukan perlindungan maksimum dan komprehensif.
Kita sebagai pengguna hanya perlu tepuk dada dan tanya selera dalam memilih perlindungan dan perkhidmatan terbaik pada harga yang lebih kompetitif daripada syarikat Takaful dan insurans. Di dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, semuanya boleh dilakukan dengan teknologi sedia ada dan sekali gus menentukan kadar premium terbaik untuk anda.
Semoga tips-tips ini membantu anda untuk meneliti dan membuat pilihan yang tepat dalam menentukan Pelan Takaful mana yang sesuai untuk anda dan Keluarga.
MENCARI PELAN TAKAFUL?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda
LOKASI
HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur