Perlindungan Virus Zika dalam Pelan Takaful AIA

Berita baik kepada ramai yang tertanya-tanya tentang Virus Zika yang semakin menular di Malaysia dan sangat menakutkan khususnya kepada ibu yang sedang mengandung. Mana taknya, penyakit ini masih belum ada rawatan dan ubat! Apakah Virus ini?

Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Columbia dan Brazil dan beberapa negara lagi termasuk jutaan penduduk Amerika Syarikat yang berkemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016. Ini adalah menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ramai juga berpendapat bahawa ketika sukan Olimpik Rio 2016 baru baru ini, berkemugkinan ia mula merebak.Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai dua belas negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita yang sedang hamil dan mengandung, terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin.

Fakta penting adalah Nyamuk Aedes adalah penyebab kepada punca penyebaran demam Zika. Virus ini adalah sejenis virus yang boleh disebarkan oleh nyamuk Aedes yang juga merupakan vektor pembawa yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Kesan buruk bagi virus ini adalah zika boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau ‘mikrosefali’ sekiranya dijangkiti.Virus ini pada mulanya ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :

  1. Mula menular dan merebak di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007.
  2. Virus disebarkan oleh vektor Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa

Simptom Zika dan Tanda Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti:

  1. Sakit kepala
  2. Ruam pada kulit
  3. Sakit sendi
  4. Mata kemerahan

Cara Rawatan Zika

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus ini. Oleh itu sangat penting untuk kita mengambil langkah pencegahan mulai sekarang.

Virus Zika dalam Pelan Perlindungan AIA

Ketika ini, Insurans Takaful AIA Public Takaful melindungi penyakit Zika ini. Namun, sebagai langkah pencegahan awalan, amat penting kita menjaga ibu mengandung daripada kemungkinan dijangkiti dengan menjaga kebersihan persekitaran daripada kemungkinan pembiakan aedes dan lawatan ke negara negara berisiko.

MENCARI PELAN TAKAFUL?

Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda

LOKASI

HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI