Dapatkan Quotation Takaful AIA secara Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga secara Percuma.

  • Rujuk Nota dibahagian bawah untuk mengetahui fungsi setiap pelan.
  • Klik Kalkulator Takaful untuk mengetahui jumlah Perlindungan Takaful yang sesuai mengikut keperluan anda.

Merokok

Pelan Takaful

14 + 15 =

Berikut adalah rujukan berkenaan pelan-pelan Takaful AIA yang disediakan oleh AIA Public Takaful Berhad. 

Takaful Individu

Sesuai untuk Setiap Individu yang berumur 16 Tahun keatas. Keutamaan kepada anda yang telah bekerja, memiliki keluarga dan mempunyai hutang. Pelan ini melindungi kewangan anda dari 3 faktor.

Pertama, jika berlaku sakit yang menyebabkan anda tidak boleh bekerja (Hilang Upaya/Lumpuh atau Penyakit Kritikal). Kedua, sekiranya berlakunya kematian kepada anda. Ketiga, jika anda sihat dan perlukan perbelanjaan untuk persaraaan.

Takaful Anak

Pelan ini adalah pelan individu untuk setiap anak. Keutamaan pelan adalah memastikan kos dan perbelanjaan rawatan anak sekiranya dimasukkan ke hospital dapat dilindungi. Selain itu, pelan ini menyediakan platform simpanan pendidikan jangka masa panjang untuk masa hadapan anak.

Pampasan kematian untuk anak tidak perlulah terlalu tinggi, kerana anak tidak meninggalkan hutang.

Medical Card

Pelan ini direka untuk perlindungan kos dan perbelanjaan rawatan anda, pasangan dan anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital.

Pelan ini melindungi maksima 4 orang anak. Jika ada anak ke 5 dan seterusnya, mereka perlu mengambil pelan secara individu berasingan.

Takaful Kanser

Pelan perlindungan khusus penyakit kanser ini melindungi kewangan anda dari kanser tahap awal lagi. Apabila anda disahkan sahaja menghidapi kanser, AIA akan membiayai kos anda sehingga anda disahkan sihat. Jika keturunan anda mempunyai sejarah penyakit kanser, kami amat menggalakkan agar anda untuk segera menyediakan pelan perlindungan ini.

Pelan Pelaburan

Pelan ini adalah pelan endowmen, satu-satunya pelan pelaburan yang bebas pembekuan harta (asset freezing). Faedah pampasan kematian dan Hilang Upaya adalah Percuma. Pelan ini sesuai untuk beberapa golongan.

Pertama, sebagai Pelan Persaraan, selain dari KWSP(EPF), anda boleh menggunakan platform ini untuk menambah wang simpanan persaraan anda. Kedua, sebagai medium pelaburan alternatif selain dari Unit Amanah(Unit Trust) dan hartanah (rumah/pembangunan). Ketiga, sebagai Pelan Simpanan Anak, simpan secara bulanan/tahunan, sekiranya berlaku kematian kepada anda, AIA akan membantu menyambung simpanan anak anda.

Takaful Pekerja

Pelan ini sesuai untuk industri kecil dan sederhana besar yang mempunyai bilangan pekerja seramai 5 hingga 150 orang pekerja. Pelan ini fokus kepada 2 aspek besar.

Pertama, perlindungan kos dan belanja rawatan di hospital dan klinik panel. Kedua, hibah kepada pekerja dan keluarga pekerja sekiranya berlaku Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya atau Kematian.

MLTT Rumah

Pelan ini adalah alternatif bagi MRTT, MRTA, MLTA. Kebaikan pelan ini, sekiranya berlaku kematian kepada pemilik rumah, ia bukan sahaja menyelesaikan baki pinjaman rumah, malah ia juga turut membantu kewangan keluarga yang tinggal di dalam rumah.

Wasiat & Pusaka

Di dalam Islam, setiap individu perlu dan wajib melakukan dokumen wasiat dan hibah agar tidak berlaku kecelaruan atau kekeliruan kepada waris sekiranya anda sudah tiada.

Wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Manakala, Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah. Jika keluarga anda ada harta dan masih tidak pasti samaada ia wasiat atau hibah, anda boleh mula melakukan Pengurusan Harta Pusaka melalui kami.

Hubungi +60125015037 (panggilan/whatsapp) untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Pelan Takaful yang sesuai untuk anda dan keluarga. 

LOKASI

HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI