Soalan Lazim Takaful, Insurans, Wasiat & Hibah
Berikut adalah senarai Soalan Lazim yang sering ditanya oleh masyarakat. Pilih soalan untuk mendapatkan jawapan.
Lain-lain
Apa harta yang tidak disenaraikan sebagai Harta Pusaka?
Pencen, harta yang dipinjam, harta yang telah dihibah, harta yang telah diwakafkan, bayaran di bawah akta keselamatan social pekerja 1969 perkeso, pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati, duit pampasan atau gratuity, harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain.

Takaful & Insurans
Apa itu Takaful?
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah.
Adakah Takaful hanya untuk orang Islam sahaja?
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah.
Wasiat & Hibah
Apa itu Wasiat?
Wasiat adalah suatu pemberian yang dibuat selepas berlakunya kematian.
Contoh : Semasa hidup, A menyatakan akan mewasiatkan sebuah rumah kepada B. Apabila A meninggal dunia, B akan menerima rumah yang diwasiatkan oleh A.
Apa jenis harta yang boleh diwasiatkan?
Semua harta yang menjadi milikan pewasiat boleh diwasiatkan. 2 jenis harta atau aset. Aset tunai dan aset tetap.
Aset tunai seperti Tabung haji, KSWP, ASB, unit amanah, kereta, motorsikal, barang kemas. Aset Tetap seperti hartanah, tanah, rumah, sawah, bangunan, atau semua yang terletak di atas tanah.
Apakah harta yang tidak disenaraikan sebagai Harta Pusaka?
Pencen, harta yang dipinjam, harta yang telah dihibah, harta yang telah diwakafkan, bayaran di bawah akta keselamatan social pekerja 1969 perkeso, pemberian oleh orang-orang yang menziarahi si mati, duit pampasan atau gratuity, harta yang telah diberi atau dijual kepada orang lain.
Apakah perkara berkaitan kewangan yang perlu dilaksanakan selepas arwah meninggal?
Pertama belanja menguruskan jenazah. Kedua, menjelaskan hutang si mati. Ketiga, buat tuntutan harta sepencarian. Keempat, laksana wasiat si mati (jika ada). Kelima, bahagikan harta pusaka mengikut faraid kepada waris-waris.
Apa itu Wasiat, Faraid dan Hibah?
Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176. Wasiat adalah pesanan yang kita tinggalkan bagaimana harta yang kita miliki diuruskan selepas kita mati. Hibah adalah pemberian kasih sayang oleh pemberi kepada sesiapa tanpa mengharapkan apa-apa balasan pada masa hidupnya.
Wasiat atau Hibah? Yang mana dahulu perlu dibuat?
Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176. Wasiat adalah pesanan yang kita tinggalkan bagaimana harta yang kita miliki diuruskan selepas kita mati. Hibah adalah pemberian kasih sayang oleh pemberi kepada sesiapa tanpa mengharapkan apa-apa balasan pada masa hidupnya.
Apa beza Wasiat dan Hibah?
Wasiat dilaksanakan selepas anda mati, hibah dilaksanakan semasa hidup.
Bolehkah buat Wasiat jika hutang banyak?
Boleh, tiada masalah. Hutang perlu dinyatakan dalam wasiat kerana hutang akan dilangsaikan dahulu sebelum wasiat dilaksanakan.
Saya banyak hutang daripada harta, adakah perlu buat Wasiat?
Boleh, tiada masalah. Hutang perlu dinyatakan dalam wasiat kerana hutang akan dilangsaikan dahulu sebelum wasiat dilaksanakan.
Kepada siapa saya boleh Wasiatkan harta?
Kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, orang yang terhalang dari terima pusaka kita (waris), masjid, surau, rumah anak yatim, maahad tahfiz dan seumpamanya.
Bolehkah Wasiat kepada waris?
Kalau hendak wasiat kepada waris juga, perlu mendapat persetujuan dari waris-waris yang lain sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah saw pernah bersabda “Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”. Bermakna, jika ada persetujuan waris, tiada masalah.
MENCARI PELAN TAKAFUL?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda
LOKASI
HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur