Pelan Takaful untuk Individu

Mencari-cari Pelan Takaful yang sesuai? Isi borang dibawah untuk konsultansi percuma.

Pelan Takaful untuk Individu

Pelan Perlindungan AIA Public Takaful (Pelan Hibah Keluarga) ini wajib diambil oleh setiap individu. Kami akan menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful dan bagaimana cara kiraan pampasan yang sesuai agar anda memperolehi pelan yang sangat bermanfaat untuk anda dan keluarga.

Soalan-soalan penting untuk anda sebelum anda mendaftar Pelan Takaful Individu?

Pampasan Kematian (Hibah)

Jika berlaku kematian, berapa yang anda ingin tinggalkan kepada keluarga?

Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh

Jika anda kemalangan dan tidak mampu bergerak, berapa lama simpanan anda boleh tampung kehidupan anda?

Pampasan Penyakit Kritikal

Jika anda sakit dan terpaksa cuti tanpa gaji, berapa lama simpanan anda boleh survive sehingga anda sihat dan mampu kembali bekerja?

Pampasan Kematian (Hibah)

Kenapa Perlu?

Apabila berlaku kematian kepada anda, anda wajib meninggalkan sejumlah wang untuk beberapa perkara. Jumlah ini mestilah boleh digunakan untuk :

  • Menyelesaikan baki hutang tinggalan anda.
  • Memudahkan keluarga dalam kos urusan mencairkan Aset Beku dan Harta Pusaka.
  • Perbelanjaan harian keluarga untuk beberapa tempoh.
  • Dihibahkan sebagai amal jariah (saham akhirat).

Bagaimana Kiraan Pampasan?

Dengan membayangkan, berapa tahun yang anda hendak lihat keluarga anda dalam keadaan kewangan yang tenang.

Sebagai contoh, anak anda berusia 7 tahun. Untuk mencapai umur 22 (umur normal seorang anak mula bekerja), ia memerlukan 15 tahun. Maka, dengan itu :

Jumlah pampasan = Gaji Tahunan X 15 Tahun

Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh

Kenapa Perlu?

Ia berkemungkinan akibat kemalangan atau penyakit yang tidak dijangka. Ia juga memungkinkan anda tidak lagi mampu bekerja. Maka, pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan gaji bulanan anda untuk beberapa tempoh.

Bagaimana Kiraan Pampasan?

Di AIA, Pampasan ini adalah sama dengan Pampasan Kematian. Anda boleh mendapatkan Perlindungan ini secara Percuma tanpa sebarang caruman tambahan.

Pampasan Penyakit Kritikal

Kenapa Perlu?

Sebagai contoh, anda menghidapi penyakit Strok atau Kanser. Secara tidak langsung, anda tidak lagi mampu bekerja untuk 1 tempoh yang lama. Pampasan ini akan digunakan sebagai ganti kepada gaji bulanan dan perbelanjaan kos rawatan anda. Lihat senarai penuh 39 Penyakit Kritikal.

Bagaimana Kiraan Pampasan?

Menjadi kebiasaan apabila berlakunya penyakit kritikal, tempoh Survival adalah 10 hingga 15 Tahun. Maka :

Jumlah pampasan = Gaji Tahunan X 10 Tahun

Caruman Bulanan Wajib

%

Gaji Bulanan (Mengikut kemampuan dan keperluan)

Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Takaful Individu?

Dengan mengambil kira beberapa faktor. Daripada 100% Gaji anda, 70% adalah liabiliti (belanja bulanan), 20% adalah simpanan di bank (untuk tujuan emergency seperti pembaharuan roadtax, kemalangan kecil dan sebagainya).

Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Individu adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.

Produk AIA yang berkaitan dengan Pelan ini :

  • A-Life Legasi
  • A-Life Kasih Famili

Kami Bantu Anda untuk Rangka Pelan Takaful Anda

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma. Klik kalkulator takaful untuk mengetahui jumlah Perlindungan Takaful yang sesuai mengikut keperluan anda.

Merokok

Pelan Takaful

LOKASI

HMINSPIRE GROUP
Suite 30-03, AIA Cap Square Tower,
Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur

HUBUNGI KAMI